Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Monday 6 May 2013

Rupa paras tidak menjamin kebahagian

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
memang tak de keje kan aku duk update blog time macam ni, time subuh tapi ape boleh buat dah idea datang time ni. nanti tak nak update blog kang baru tahu, ecece konon-konon sekarang ni tengah merajuk lah. tidur lepas makan kan tak elok sebab makanan tak hadam lagi dah tido tapikan aku nak cakap jugak yang lepas makan menerap pun tak boleh jugak, part yang ini sebenarnya aku tengah tuju dekat diri sendiri.
 
disebabkan sekarang ni aku tengah bajet-bajet dewasa, bajet-bajet dah boleh khawin, dah boleh bercinta maka muncul lah sebuah entry 'Rupa paras tidak menjamin kebahagian'. aku tak tahu kenape idea ni tersembul keluar dari kepala aku, aku rasa mungkin sebab aku teringat. sebab benda ni jadi dekat orang sekeliling aku. macam mane ek nak buat pendahuluan ni? ishh tak de idea lee pulak macam mane nak mulakan, tak pe tak pe ni bukan karangan bm jadi ikut suka aku lah nak mulakan macam mane pun.

ketahuilah yang rupa paras tidak menjamin kebahagian. kalau kau khawin dengan dia sebab dia handsome tapi malas kerja get ready untuk makan pasir tak pun get ready yang korang mungkin akan tanggung dia, aku bukan lah nak cakap jangan khawin dengan dorang tapi mintak dijauhkan lah khawin dengan golongan yang macam ni ok? sebab handsome dia tu tak kenyangkan perut korang pun lain lah kalau kau tengok muka dia kau kenyang, itu lain cerita.

tak handsome tapi rajin kerja, silalah khawin dengan dorang ok? sebab dah sah-sah dia rajin kerja selamat lah korang dari kena makan pasir dan tanggung dia even dia tak handsome terima lah kekurangan dia dengan seadanya. kita ni sebagai perempuan jangan dok memilih sangat tak handsome tak pe asalkan ade kerja dari handsome tapi malas kerja tak guna. 
 
'aku sayang dia lah, aku tak boleh nak tinggalkan dia' aku benci sebenarnya bila dengar orang cakap macam ni, nampak macam dia desperate sangat dan sebenarnya sangat annoying. kepada perempuan-perempuan dia luar sana biar lelaki yang cakap macam tu dekat kita dan kita jangan sesekali cakap macam tu dekat dorang sebab kita kena nampak mahal dimata lelaki. kalau yea pun korang dah rasa macam tu tak payah lah tergedik-gedik duk cakap macam tu, faham? diam-diam cukup, tak payah nak bagi tahu satu dunia. orang bukannya suka tapi berpura-pura suka sebab tak nak kecilkan hati kau padahal dalam hati tu rasa meluatnya hanya Allah yang tahu.
 
setiap orang ade kekurangan dan kelebihan masing-masing, jangan sebab dia handsome kita kena khawin dengan dia mesti, wajib, harus dan jangan sebab dia tak handsome tidak tak nak, tak wajib, haram khawin dengan dia. aku tahu kita sebagai perempuan majoritinya nak yang handsome tapi bila dia malas kerja nak buat ape? tapi kalau korang dapat husband yang handsome dan rajin kerja bertuahnya korang, pakej lengkap tu. ada rupa ade kerja, Alhamdulillah.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Sunday 5 May 2013

Mama berleter

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
orang lain duk sibuk pasal pilihan raya, berpolitik sana berpolitik sini tapi aku duk sibuk nak update blog pasal mama berleter dekat aku. aku malas nak layan pasal politik semua ni sebab aku tahun aku bawah umur lagi, tak layak mengundi lagi. nanti bila aku dah layak baru aku ikut jejak langkah korang k?
 
kalau dulu aku yang berleter dekat mama boleh dikatakan setiap hari lah jugak tapi sekarang mama pulak berleter dekat aku. mane tidaknya dulu kalau time dia kerja aku selalu suruh dia berhenti duduk rumah sebab aku bosan duduk rumah sorang-sorang tapi bila mama dah berhenti aku pulak yang keluar setiap hari, mane tak kena berleter, dia berhenti aku pulak berjalan tapi sebab malas nak bising aku sengih-sengih lepas tu keluar jugak, malas nak melawan takut jadi anak derhaka.

aku sebenarnya bukan tak nak duduk rumah tapi aku dah bosan duduk rumah, berape bulan aku duduk kat rumah jea tak keluar-keluar lepas habis spm dulu, ade lah 3 bulan lebih dekat 4 bulan lah kot, eh aku tak sure lah berape lama. tu yang sekarang ni aku berjalan jea setiap hari. berjalan pun dengan joe and nabila jea, orang lain mane ade, bertiga sentiasa. cuma kekadang tu ade lah faara. 

lepas ni kalau dah sambung belajar confirm kita orang dah tak boleh nak macam ni, semua dah ade life sendiri nanti, itu yang sekarang ni tengah dok mencipta kenangan terindah untuk di ingati sepanjang zaman, ewahh kemain drama aku kan? hohhoho. mama, even along keluar setiap hari pun dengan kekawan jangan risau okey? sebab you are my mom, my angle and everything to me. I will love you till the last breath sebab mama orang yang melahirkan along :)


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ