Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Thursday 28 March 2013

Dah dapat kerja

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
 
semalam masa aku tengah syok tidur phone bunyi petanda ada orang call, tengok-tengok number yang aku tak kenal. ni yang malas nak angkat dah lah tak kenal number tu tapi disebabkan aku rasa macam nak angkat tu yang aku angkat tu. tengok-tengok boss dekat u station yang aku mintak kerja adalah dalam 2 minggu lepas kot call suruh datang kedai nak cakap-cakap sikit.

aku sebenarnya seronok pluss excited tapi sebab mata ngantuk yang amat sebab malam tu pukul 4 lebih baru tido jadi apa yang dia cakap pun aku tak dapat tangkap sebenarnya, aku dengar sikit-sikit je, nasib lah time dia suruh aku datang hari ni pukul 3 tu aku dengar kalau tak hmm melepas lah aku kerja ni. part lain tu aku rasa dia cakap sorang-sorang, kesian dia. sabar ye sebab dapat pekerja yang tak mengenang budi macam saya ni.

petang tadi seperti yang dijanjikan semalam, aku pegi lah jumpa dia siap bawak joe dengan nabila sekali sebab aku rasa macam dia ada cakap pasal nabila masa dia call aku tu tapi aku tak sure ape yang dia cakap sebab aku pun mamai masa tu. tapi bila dah sampai dia suruh photostat IC huh nasib aku macam nak bawak selalunya aku tinggalkan je kat rumah, balik kampung pun kadang bawak kadang idak. 

lepas dah photostat IC sesi interview pun berlangsung, cewahh kemain lagi. dia cerita lah ape semua pasal kerja. apa yang aku kena buat semua, pukul berape aku masuk kerja pukul berape balik, gaji semua lah. tapi yang bestnya masa dia cakap kerja dekat sini wajib pakai tudung yang tak pakai pun saya paksa pakai. pada aku hm aku tak kisah lah pasal paksa pakai tudung tu sebab aku memang pakai tudung pun, so memang tak de masalah lah bab tudung.masa tengah interview tu dia cakap lah dia nak pakai sorang je tu yang dia ambik aku sorang je jadi sebab tu lah nabila tak dapat.

dia ade tanya aku nak start keje bila then bila aku cakap esok dia tanya lagi kalau boleh dia nak suruh aku start sekarang sebab dia perlukan pekerja sekarang ni tapi disebabkan joe dengan nabila tengah tunggu aku, aku cakap tak dapat lah hari ni esok boleh lah. nasib dia okey, kalau dia reject aku joe dengan nabila kena berterima kasih dekat aku sebab dorang lah aku kena reject tapi Alhamdulillah aku tak kena reject.

lepas dah sattle pasal kerja kita orang pegi giant plak sebab nak cari kerja untuk joe dengan nabila. part ni aku memang sakit hati dengan kakak yang kerja dekat coolblog tu sebab pada aku dia kurang ajar. kita orang tanya baik-baik kat dia ade ke kerja kosong kat sini, dia jawab memang kurang ajar ''tak nampak ke number fone kat situ, call lah'' lebih kurang macam tu lah ayat dia. persoalannya
sekarang tak boleh ke cakap elok-elok? perempuan pulak tu.

lepas tu kita orang pegi aeon station 18 sebab nak mencari tempat makan masa birthday intan nanti. cari punya cari, jumpa dah. maleh nak cerita pasal tempat makan lah sebab tak de ape yg menarik pun. aku nak cerita pasal kereta. korang tahu kita orang tak jumpa kereta parking dekat mana. bukan lupa tapi kau tahu je lah aeon station 18 punya parking macam mana, kalau orang yang tak biasa macam kita orang ni memang sesat jugak lah cari parking. and akhirnya jumpa jugak kereta parking dekat mane setelah berpeluh-peluh mencarinya.
 

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Sunday 24 March 2013

Kemaskini upu

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
sebenarnya aku dah kemaskini permohonan dekat upu sebab aku aku tak layak mohon apa yang aku dah mohon sebelum ni. jadi untuk mengelakkan aku tak dapat sambung belajar nanti better aku tukar kan? aku akan senaraikan apa yg aku mohon tadi

 3 bidang: *aku tak berape ingat yang ni sebenarnya tapi nilah rasanya
  • teknologi
  • pengurusan
  • perniagaan 
8 pilihan kos: 
  • diploma teknologi maklumat - uthm
  • diploma perdagangan antarabangsa - unisza
  • diploma pengurusan sumber manusia - unisza
  • diploma pemasaran - unisza
  • diploma teknologi maklumat - unisza
  • diploma teknologi maklumat (multimedia) - unisza
  • diploma teknolgi maklumat dan komunikasi - utem
  • diploma perniagaan antarabangsa - politeknik
 
nilah yang aku mohon dekat upu, ade sape-sape tak yang mohon satu kos atau satu tempat belajar dengan aku tak pun kakak-kakak dan abang-abang yang belajar dekat u atas ni? hmm kalau ade nak lah tanya pasal u ni macam mane


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Friday 22 March 2013

Result SPM

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
rasanya semua orang dah tahu semalam (21 march 2013) result spm untuk calon spm tahun 2012 keluar. jadi memandangkan aku salah seorang daripada calon tersebut aku pun kena lah ambik result spm tu jugak kan? jujur aku katakan aku sebenarnya tak de lah takut sangat sampai berdebar-debar tu semua, berdebar tu mmg berdebar tapi tak sangat dan aku tahu bila aku tak berdebar sesuatu yang aku mintak tak tercapai. jadi bila kaki aku dah masuk sekolah aku tak letakkan harapan yang tinggi, aku terima result aku dengan hati yang terbuka.

around 11 macam tu baru aku pegi ambik result, dayah ambik result dulu antara kami bertiga. second aku and last sekali nab. masa cikgu nak bagi slip dekat dayah, aku dah TERnampak slip aku sebab nama aku atas sekali masa tu, sepatutnya muaz tapi disebabkan dia dah ambik awal jadi nama aku lah atas sekali. macam yang aku cakap tadi, apa yang aku nak tak dapat. aku tak kecewa dengan result aku sebab aku tahu takat mana aku berusaha. masa nak spm aku still lagi boleh keluar enjoy and lepak-lepak. Ya Allah teruknya aku. lepas je aku dapat result aku terus call mama, bagi tahu result aku semua. lepas tu aku terus off fone sebab aku tahu kejap lagi mesti berduyun orang mesej and call aku. dah lah result hampeh takkan nak cakap kot.

akulah paling tinggi diantara mereka *muka bangga

lepas dapat result terus kita orang lepak mcd sampai pukul 3 lebih

 khusyuk gila aku dengar libang muaz

gelak tawa bersama classmates dekat mcd

lepas lepak mcd kita orang tak balik terus, kita orang lepak kat woodland pulak, fuhhh berangin je. pandai jugak kita orang cari tempat. yang lelaki entah ke mana merayapnya jadi tinggal lah kami berempat melepak dekat situ membuang masa. tak lama tu datang lah manusia-manusia berhalkum ni, aku ingatkan dorang ni dah balik tapi tak. bagus jugak lah dorang tak balik lagi.

lepastu destinasi terakhir kami dekat kedai arafah kot tak salah aku entahlah aku pun tak pasti nama kedai tu sebab tulah kali pertama aku datang. sebenarnya khairil, afwan, nab dengan muaz pegi dulu kedai tu aku dengan dayah and qiela lepak lagi kat woodland tu. kita orang pegi arafah lepas nab call cakap dia segan sorang perempuan. disebabkan kami bertiga ni baik hati, kita orang pegilah. kau tahu deme boleh cari meja untuk muat 4 orang je makan? hee sabar jea lah. lepas tu aku, dayah and qiela duduk meja belakang khairil tapi disebabkan rasa terpinggir sesekor tarik kerusi and aku tak sempat nak tarik kerusi duduk sebelah nab dan benda yang paling aku rasa nk tumbuk muka afwan bila dia bangun dari duduk sebelah khairil sebab nak suruh aku duduk situ. sebenarnya dari dekat mcd tadi dah deme duk ngusik aku dengan khairil tapi disebabkan dorang berlima, aku dengan khairil berdua jadi setiap usikan dorang tu aku terima je lah. maleh nak layan sebab dorang pun bergurau

dalam pukul 5 lebih semua nak balik sebab semua dah letih mata pun dah ngantok and manusia-manusia berhalkum ni nak main bola pulak pukul 6 nanti. sebelum entry ini berakhir aku ucapakan tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam spm dan kepada calon yang kurang cemerlang macam aku jangan sedih-sedih sebab Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. untuk adik-adik yang bakal menduduki spm, belajarlah dari sekarang jadi jadi macam akak. akak? hmm pun boleh pun boleh.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Monday 18 March 2013

Seoul garden

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
semalam kita orang (aku, nabila, joe, biena, yat, intan and yazid) makan dekat seoul garden dekat jj tu. jujur aku katakan disini nilah first time aku makan dekat seoul garden tu before ni tak pernah langsung. makanan kat sini pada aku memang mahal tapi sangat berbaloi sebab kita boleh makan apa yg kita suka. contoh macam korang nak makan ice cream 10 kali silakan, ambik je. nak ambik makanan sampai kembung perut, ambik je lah. senang cerita korang nak makan ape ambik je lah dengan syarat jgn membazir. kalau korang membazir korang kana bayar, korang kena bayar berape aku tak sure sebab kita orang tak kena bayar pape ye lah kita orang kan tak membazir.

macam kita orang semalam, kita orang masuk before pukul 1 dan pukul 3 baru keluar dari situ. haa lama kan? orang kat situ dah bertukar-tukar, keluar masuk keluar masuk tapi kita orang still dekat situ makan lagi. perut dah kenyang tapi rasa macam nak makan jugak, makan makan makan sampai lah pukul 3 tu baru mengaku kalah. lepas tu nak jalan pun memang susah lah sebab dah terlebih makan then lepak je kat foodcourt jj tu. aku rasa macam nak termuntah tengok makanan pun ade sebab perut dah penuh sangat time tu.

 aku memang benak makan pakai chopsticks

yat (tudung hijau), joe (peace), biena (pegang mangkuk ice cream), nabila (tengah-tengah) and aku (tudung pink tu)

muka sedih sebab biena nak tinggalkan aku, hahahhha dia nak pegi masuk keje pun mimi tak payah nak over sangat

tengok ni sampai hangit. kalau korang nak tahu kan? benda ni hangit sebab nabila dengan intan tak henti2 nak masak, kadang-kadang aku terfikir dorang ni perut manusia ke perut gergasi? dan aku rasa gergasi pun lari kalau tengok deme makan, orang lain muka dah tak lalu makan tapi deme hmm berselera betul.

bil untuk 7 orang punya makan

pesanan aku untuk korang yang nak pegi makan kat sini, better korang tak yah makan pape dari rumah biar perut kosong baru berbaloi. kalau korang dah makan kat rumah lepas tu baru nak datang makan kat sini alamatnya rugilah korang bayar mahal-mahal.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Wednesday 13 March 2013

NAK SAYA TOLONG KLIK KAN IKLAN?

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 klik banner untuk join

KLIK SINI *tunggu sehingga habis loading


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Panggilan Interview Part 1

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 kenape aku letak gambar ni? sebab aku rasa dia sangat comel dan aku tak boleh nak buat mata macam tu T.T
 
sepatutnya aku kena post new entry kira-kira 2 atau 3 hari yang lepas tapi disebabkan aku mempunyai tahap kemalasan yang amat dahsyat jadi hari ni baru new entry dari aku keluar. sebenarnya 2 ke 3 hari yang lepas aku dapat call dari teluk dalam resort yang dorang nak confirmkan aku still tak de kerja dan still berminat nak kerja dengan dorang. aku rasa macam yessssssssssss, akhirnya ade jugak orang panggil aku interview. tapi aku ni tak de lah bongok sangat pegi jerit yes kat fone tu kang kakak yang call tu terus kena heart attack kang sia sia je. 

"Hello. Ni farah ke?''

"Ye saya farah''

''Saya dari teluk dalam resort. awak still berminat nak kerja dengan kami?''

''Ye''

''Boleh tak awak datang untuk interview?''

''Boleh tapi bila ye sebab sekarang saya dekat ipoh''

''Okey, nanti saya akan call awak balik dan bagi tarikh interview''

''Kalau boleh bagi tahu saya awal-awal supaya senang saya nak pergi sana''

lepas tu ade lah dia tanya aku duduk mane dekat sana nanti ape semua kan? sebenarnya dorang ada sediakan hostel untuk pekerja tapi aku rasa aku tak duk hostel kot, sebab aku rasa aku lagi selesa duduk rumah mak cik aku. nak tahu sebab ape? sebab boleh aku dok menyakat dorang berempat tu. see saya memang seorang kakak yang terbaik.

sebenarnya aku mintak kerja ni bulan december 2012 dan aku baru dapat call untuk interview march 2013, lama gila kan aku tunggu. lepas aku mintak kerja dekat sana aku tunggu lah jugak dalam 2 weeks tapi dorang still tak call aku tu yang aku balik ipoh tu tapi bila dah balik kena pegi balik, malas gila tapi sebab kerja aku gagahkan diri aku yang sememangnya malas ni. 

tapi sekarang ni aku ada 2 masalah. satu sebab lesen, ishh memang lama betul kena tunggu. aku dah isi borang awal bulan februari ari tu tapi still tak de pape sampai sekarang ni cuma dorang ade email aku tanya ade ke nak tukar pape dekat borang. kang bila aku dah start kerja kena balik pulak sebab lesen. kedua, aku kan ade anjurkan segmen dekat blog dan tarikh tamat segmen tu 4 april, katakan lah kalau aku kena pegi sana sebelum 4 april macam mana? bencinya bila dah happy ade benda menghalang. tapi aku dah jumpa jalan penyelesaian terhadadap kedua-dua masalah yang bakal aku hadapi nanti. 


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Wednesday 6 March 2013

Give Away (GA) Birthday Akiff ke-2 Tahun

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 (klik banner untuk join)
 
Selamat hari lahir Akiff, akak doakan Akiff sentiasa sihat , jadi anak yang baik dan paling penting jadi anak yang soleh. Akiff ingat pesan akak ni, nanti bila dah besar dah berjaya dan ada kerja hebat, gaji besar jangan ibu bapa ye dik. tanpa dorang kita takkan berjaya dan tanpa dorang jugak kita takkan ada di muka bumi ni. 
  

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Sunday 3 March 2013

Senarai peserta SEGMEN: FARAH SYAMIMI MENCARI BLOGLIST

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
  1. http://eikorina.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  2. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  3. http://thisismylife-eyka.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  4. http://awanflufy.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  5. http://kuciputersenyum.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  6. http://sukasukidee.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  7. http://iema90.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  8. http://aliaazlovely.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html
  9. http://budakkecikbermonolog.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html
  10. http://everybloghavetheirownstory.blogspot.com/2013/03/current-chapter-segmen-farah-syamimi.html 
  11. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html
  12. http://fiqansz.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  13. http://www.cikfie.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html  
  14. http://wawarosli.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  15. http://fiesayangrul.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  16. http://ibulala.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  17. http://chocalatejannah.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  18. http://kurakuramenari.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  19. http://nadhirahnida.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  20. http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html
  21. http://setiasmile.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  22. http://azuria-freebies.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  23. http://rai-raihannah.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  24. http://alizazril.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  25. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  26. http://hanyadihatiku.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  27. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/03/segmenfarah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  28. http://www.mohdnoorshawal.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  29. http://syiqahshahar.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  30. http://qasehreena.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  31. http://putriofficialblog20.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  32. http://siehatiepurple.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  33. http://anisanisa33.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  34. http://siehatiepurple.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  35. http://ninamaslizza.blogspot.ru/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  36. http://mysweetcrunchy.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html  
  37. http://faraheffa.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  38. http://lorong-cinta.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  39. http://primadonny98.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  40. http://www.mhakimfaiz.my/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  41. http://shidaqilasawa.blogspot.com/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
  42. http://www.syuhadasalleh.my/2013/03/segmen-farah-syamimi-mencari-bloglist.html 
LAST UPDATE 31 MARCH 2013

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

SEGMEN: FARAH SYAMIMI MENCARI BLOGLIST

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
agak-agak korang terkejut tak seorang blogger yang tak aktif di dalam dunia blogging tetiba nak buat segmen? aku tak pasti korang tertarik untuk join atau tidak. aku sebenarnya mencari bloglist so kalau korang nak jadi bloglist aku join lah segmen yang aku buat ni. jujur aku katakan disini, segmen ni tiada hadiah, saya ulang TIADA HADIAH. 10 blogger bertuah akan menjadi bloglist saya.

NAK JOIN?

SYARAT-SYARATNYA:

1. Follow blog ini *WAJIB

2. Buat entry bertajuk "SEGMEN: FARAH SYAMIMI MENCARI BLOGLIST'' *WAJIB

3. Tempek banner kuning bawah ni dan link kan ke entry ini *WAJIB


4. KLIK SINI *WAJIB *tunggu sampai habis loading

5. Tinggalkan link entry anda di comment bukan link blog ye, link entry. *WAJIB *jika anda tinggalkan link blog bukan link entry anda secara rasminya bukan peserta segmen saya

6. Segmen ini akan tamat pada 4 APRIL 2013 JAM 11.59 MALAM, ini bermakna segmen ini akan berlangsung selama sebulan. yeyhhhh *sila bersorak riang

TAKE NOTE: Anda tidak akan menjadi bloglist dan peserta segmen saya sekiranya tidak menepati syarat. Saya menggunakan sepenuhnya khidmat Encik Random.Org untuk segmen ini. Ini sangat adil dan tiada unsur pilih kasih atau berat sebelah okey?

Saya hanya mengharapkan akan ramai blogger yang join first segmen saya.

SENARAI PESERTA DISINI


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Saturday 2 March 2013

Segmen Jom Klik Iklan BLOGGERS

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
(klik banner untuk join)

bagus sebenarnya bila adanya segmen klik iklan blogger sebab dapat naikkan income para blogger. harap lepas ni banyak lah segmen seperti ini, AMIN. 

KLIK SINI

tolong saya yea untuk naikkan income, tak susah pun klik je atas tu and then tunggu sampai habis loading, senang kan? kalau korang pun ada iklan yang perlu saya klik untuk naikkan income just comment je okey? saya akan tolong :)

TO NUR SYAZANA ZANASYA: semua iklan yang awak suruh saya dah klik jadi skrang ni turn awak pulak klik iklan saya 

TO SEMUA ORANG (BLOGGER ATAU BUKAN BLOGGER): tolong saya juga ye? saya sangat mengharapkan anda semua untuk naikkan income saya.

sebenarnya ini second post saya untuk segmen ini, first post dah terdelete jadi saya buat sekali lagi, maaf ye syazana saya terdelete first post segmen awak.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Friday 1 March 2013

Insp. Zulkifli Mamat

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 (Insp. Zulkifli Mamat bersama keluarga)
 
(Arwah INSP ZUL (Berdiri paling kiri) #Al-Fatihah)

Al-Fatihah buat Insp. Zulkifli Mamat. Beliau terkorban di Lahad Datu dalam misi mepertahankan negara. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sebak tengok anak-anak arwah yg masih kecil. mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat pejuang kita yg telah terkorban & mendoakan keamanan dan kejayaan buat para pejuang negara di Lahad Datu.
 
lemahnya cikgu tadi saya tengok, saya tahu bukan senang untuk kehilangan seorang suami yang dicintai. kalau kita clash dengan gf/bf pun menagis, inikan cikgu kehilangan suami. saya hanya mampu mendoakan semoga cikgu kuat menghadapi semua ini.
 
#PrayForLahadDatu
 

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ