Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Wednesday 12 December 2012

penganggur terhormat

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
sampai hati korang buat gambar aku macam ni. cehh padahal buat sendiri, ni bukan sebab aku nak buat acc fake yang kononnya ada orang menyamar jadi diri aku tapi ni aku buat sebab nak letak dekat blog je, saje nak bagi penyeri post kali ni. disebabkan aku dah jadi penganggur terhormat skrang ni so aktiviti aku di rumah hanya makan, tido, online and download adam dan hawa berepisod-episod *sorry lah rumah I tak ade mustika HD :(

dan disebabkan bosan jugak tercipta lah satu entry bertitlekan penganggur terhormat. aku bukan malas nak kerja tapi sebab spm aku habis lambat, 6 dec baru habis so kalau nak kerja sekarang memang tak lah, sekarang dah berapa hari bulan? 13 dec kan? nak dekat dah dengan hujung tahun, dah alang2 tu baik aku kerja awal tahun depan nanti je. lagi pun tak best lah kerja separuh bulan, nanti gaji pun dapat separuh. tak best tak best tak best.

seperti yang korang tahu aku kat rumah ni asyik hadap laptop je kan? dan tadi mase aku buka blog eiqa nampak dia letak link blog aku dekat blog dia, terharu mak nak. *ehh sejak bila aku beranakkan kau? ehh terharu I taw eiqa. ceh over je kan aku ni padahal benda kecik je. nak tahu dia tulis apa dekat blog dia? boleh KLIK SINI. jengjengjeng

yah entry kali ni tak de apa pun sebenarnya, aku saje je nak bagi tahu aku penganggur sekarang ni dan nak bagi tahu kat satu dunia yang eiqa letak link blog aku dekat blog dia. itu je sebenarnya, okbai

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Friday 7 December 2012

as a woman

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
disebabkan aku bosan malam ni so aku akan buat satu entry untuk korang yang sememangnya tak tertunggu tunggu entry dari aku. aku ada beberapa perkara nak share dengan korang untuk memastikan hubungan korang dengan cinta hati korang terus kekal bahagia.

AS A WOMAN

1. kita kena faham lelaki
lelaki ni sebenarnya senang je kita nak faham sebab dorang jenis yang tak banyak songeh macam kita kaum hawa ni. lelaki akan setia dan semakin sayang dengan kita kalau kita faham dan bagi dorang perhatian lebih sikit.

2. jangan kuat jealous
perempuan memang tak boleh lari dari sifat cemburu. jangan nak tipu aku lah kan kalau ada perempuan comment status boyfriend korang api cemburu membuak-buak kan lepas tu mulalah stalk profile perempuan tu dari A-Z. yayaya aku pun macam tu jugak *mohon amin tak baca. tapi korang kena lah faham itu kawan dia lainlah kalau dia comment hai sayang or something like that, kalau setakat dia comment status boyfriend kau tu tak payah lah nak merajuk sampai 3 4 hari, lelaki boleh rimas kalau macam tu.

3. biarkan dia
ni bukan biarkan dia macam anak terbiar tu. maksud aku kat sini korang biarkan dia dengan kekawan dia kalau dorang tengah lepak. sebab apa? sebab biar dia tahu yang korang bagi dia peluang untuk buat ape yang dia suka. kalau asyik nak reply mesej korang 24 jam memang alamat nya relationship korang tak lama lah.

4.atasi perasaan anda sendiri
katakan dia guriskan perasaan korang dengan benda yang tak masuk akal tapi korang dah sakit dan terasa hati, apa kata kalau korang atasi sendiri tak payah lah nak merajuk lama-lama pasal benda kecik, macam budak-budak tak dapat gula-gula, korang ingat comel ke? meluat aku tengok. maybe korang perlu masa nak atasi sendiri kan, take time tapi jangan lama sangat nanti dia tertunggu-tunggu kesian pulak kan? lepas dah ok tu korang mesej or call dia macam dia tak buat salah, dia tak susah hati dan relationship korang pun bahagia, senang jea kan? lain lah kalau dia simpan perempuan belakang korang then kantoi, ni tak payah atasi perasaan korang sendiri, clash je. lelaki macam ni tak boleh di buat laki dan boyfriend.

berakhir sudah perkara yang aku nak share dengan korang untuk membuatkan relationship korang menjadi lebih baik dari sebelumnya. yea mungkin sikit tapi mungkin berguna.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Thursday 6 December 2012

freedom

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
syukur Alhamdulillah akhirnya hari yang dinanti nantikan sudah berakhir. yess, hari tamatnya paper spm, MERDEKA! *ayat budak tak matang. and sure lepas ni aku akan rindu zaman persekolahan yang sudah pun terkubur pagi tadi. zaman dimana pelbagai kenangan suka dan duka. lepas ni telinga ni tak de lagi dengar bebelan cikgu, aww bestnya *angkat ibu jari. tapi itulah sebenarnya yang akan dirindui nanti. 

sekarang aku dah melangkah satu tahap kehidupan, kalau sebelum ni aku hidup dalam alam persekolahan tapi sekarang semuanya dah berubah. aku kini hidup dalam alam masyarakat. maybe hidup dalam alam bermasyarakat ni susah sikit sebab ianya berbeza dengan alam persekolahan tapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk menjalani kehidupan bermasyarakat *ayat kelam tapi serius!

I WILL MISS ALL THIS






IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Thursday 8 November 2012

ask.fm

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
semalam saja gedik gedik bukak blog kak lysaa yang comel lagi kecik molek orangnya ni KLIK SINI dan dia ada buat post pasal ask.fm, mula2 memang tak nak buat pun sebab tak berapa minat, tapi tah kenapa hari ni rasa macam nak buat pulak ask.fm tu.

kalau korang ada nak tanya aku pape soalan boleh terus ke http://ask.fm/FNSyamimi ataupun pegi je dekat sidebar aku tu sebab aku dah sediakan kuanter pertanyaan untuk memudahkan korang tanya soalan kat aku eh ada ke orang nak tanya soalan kat aku?

NAK JOIN?
kepada sesiapa yang berminat nak join boleh terus ke tutorial kak lysaa yang dia dah siapkan untuk memudahkan kita semua join KLIK SINI

bagi sesiapa yang dah ada ask.fm tu boleh lah follow http://ask.fm/FNSyamimi


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Thursday 11 October 2012

kantoi kaki

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
gambar yang sememangnya tak de kena mengena tapi tetap gedik nak letak
 
kantoi kaki? gila tak sopannya aku punya title, macam tak ade adab je kan? sure lepas ni sapa yang tergila gila kat aku nak buat bini trus cancel sebab title ni? eh tapi ade ke? syok sendiri betol aku ni kan? sorry aku terpaksa stop kan lawak aku yang sememangnya tak lawak sebab nak kejar masa. kejar masa kenapa? sebab aku ade tuition ni tapi still nak menyibukkan diri post blog, macam balik karang tak boleh je? godiknya aku ni
 
rasanya macam aku ni lah manusia paling tak tahu pasal diri sendiri, see betapa bodohnya aku? kenapa aku cakap macam tu? hm ye lah setelah aku hidup selama 17 tahun 2 bulan seminggu 6 hari baru aku tahu yang kaki aku besar sebelah kecik sebelah. mean saiz lain-lain, tapi syukurlah sebab saiznya tak jauh beza besar satu saiz kecik satu saiz. cer korang bayangkan kalau saiz kaki aku beza 2 3 saiz? derr gua kena beli 2 kasut lee maknanya --'

tapi kenapa aku tak pernah perasan sebelum ni? selalu je aku beli wedges tapi tak pernah pulak jadi macam tadi? pelik binti ajaib! patutlah masa test tadi, eh apa hal kasut ni tumit kaki tak boleh masuk, kaki kiri boleh jea msok, kanan tak boleh plak. ohh maybe kasut rosak kot. dengan muka tak malunya aku dengan selamba badak cakap, kasut rosak tumit kaki tak boleh masuk, saya nak test kasut lain. then kau tahu apa jadi? tetap sama, tumit tak lepas! then barulah terkantoi yang kaki aku lain lain saiz. ahmoy tu bagi kasut saiz lain then baru lepas, dan terbongkarlah rahsia yang aku sendiri tak pernah tahu pasal kaki aku yang comel ni ada rahsia tersendiri rupanya.

dan sebenarnya aku pun tak seberapa suka dengan kasut aku tuu sebab dia sangat tak lawa, aku beli sebab memang dah tak ade pilihan, yea lah aku beli bukan time musim perayaan sebab tu kasut semua biasa biasa je. dah tahu kasut tak lawa kenapa beli? sebab aku nak lah bergaya sikit sabtu ni? ada apa sabtu? jengjengjeng

*korang perasan tak aku banyak tanya soalan tapi aku jawab? hmm


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Tuesday 9 October 2012

tahniah makya

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
sebenarnya tak ade apa-apa cerita pun sebab aku memang tak tahu nak cerita apa. untuk entry kali ni aku just nak ucapkan tahniah dekat makya sebab dah habis study degree dalam business accounting. I am proud of you.
gambar sahaja ye :)
 
 

bila tengok makya convo and dah ada degree ni mulalah terdetik dekat hati ni, hm aku bila lagi nak macam ni? nak ade degree even bukan dalam account sebab aku memang lambat sikit kalau bab-bab mengira ni. tadi aku dah cakap post kali ni tak de ceritakan? so memang tak de cerita pun, okbai 



IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Monday 1 October 2012

Birthday : Ana Umil Fazlia

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
hari ni birthday makya aku yang ke-26, yang mana satu? alahh yang bila kalau aku keluar jalan-jalan dengan dia ke dia ambik aku kat sekolah korang akan cakap ''eh kakak kau ke mimi?'' penat nak bagi jawapan yang sama dengan orang yang berbeza, dia makcik aku lah yang paling muda sekali maybe sebab tu nampak muda kot padahal umur dah 26, dah boleh khawin pun.

dengan makya ni aku kuat jugak bercerita, gossip sikit. kalau cerita aku pasal abg zul, abg farizul jiran depan rumah yang sangat comel macam saya tapi bukan suka dorang suka tengok perwatakan dan cara dorang jea, kalau nak kata rupa tu ada jugak berkenan tapi kalau sampai peringkat nak cintan cintun tu idak kot nampaknya deme dah tua. abg zul sebaya makya dan abg farizul umur dia 20++, tuakan? kalau dengan makya nak share cerita pasal orang yang aku cinta, takkan sama sekali sebab nanti kalau jodoh tak de dengan dia malunya, dah le sekarang pun syok sendiri, lagi mau cerita, simpan sorang sorang sudah.

kalau makya cerita dia selalu pasal lee, thib, amril dan for sure pasal kawan office dia. kalau ada banyak pun, sembang kosong jea, saja nak bazirkan masa yang ada *maaflah aku masih tak sedar spm bila. sejak makya stay dengan aku dalam satu rumah sampai hari ni dia tak kedekut dan tak berkira. kenapa aku cakap macam tu? sebab dia selalu belanja aku kfc, hohhho. so kepada sesiapa yang nak aku cakap yang baik baik pasal korang, belanja aku makan dan confirm perangai baik korang jea yang aku cakap tapi mungkin buruk pun ada jugak. *ada macam keling tak?

ucapan buat makya ku yang tak comel dan handsome macam saya, I just want to say happy birthday to you. I also hope Allah can make your life happy without any problem and always gives the good news to you dan dan dan cepatlah khawin tak sabar nak makan free ni. 

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Saturday 22 September 2012

jamuan raya at smk tambun

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
even raya dah habis , sekolah tambun selaku sekolah aku yang sangat comel macam para pelajar dia ade lagi semangat raya. buktinya baru tadi sekolah aku buat jamuan raya. maybe kita orang lambat sambut tapi kesah pulakkan cepat ke lambat ke ape ke yang penting sambut dan yang pasti kakak2 dan abang2 tahun lepas dengki dengan kita orang sebab masa zaman dorang tak de , kesian kesian *sebijik macam bapok cap unta

pagi tu hujan memang lebat gila lah aku cakap dah niat dalam hati , kalau sambung tido ni entah pukul berapa aku bangun. so tido jea lah tunggu jam bunyi kihkihkihh. dalam 6.30 bangun hujan makin lebat , hm alahai malasnya nak bangun tapi kuatkan hati bangun jugak sebab tahun ni tahun akhir nak simpan kenangan manis ngan dorang jugak. korban kan masa tido dan bangun terus bersiap dalam keadaan malas tapi still semangat, macam mana tu? lu fikir lah sendiri bak kata nabil

apa kata kalau kita skodeng gamba je , mood nak post blog macam dah lari berterbangan macam burung-burung di awan biru *ceh kemain ayat , masa buat karangan tak de ayat macam ni sebab tu cikgu haslinda cakap aku punya karangan macam orang mymar, sampainya hati cikgu. moh le kita moh

wajib ada gambar puan empunya blog yang comel macam heliza helmi


best friend ni

 with nab bambam

 mana boleh bila budak form 4 & form 3 lagi tinggi , ini tidak adil. hahahaha

with bambam again

form 3 lagi tinggi dari form 5, kesian

tiga gadis comel

with gadis comel 95

 kawan rehat sama-sama without dayah & asyira

okey gang aku ade berita baik dari bapak kita yang sporting habis ni *utk pelajar tambun je





IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Thursday 20 September 2012

ujian soal selidik add sc

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
tadi masa tengah beratur dapat announcement yang 5 LK 1 & 2 kena tunggu dekat situ after perhimpunan. aishh ada ape pulak ni, fikir fikir then I decided tunggu dan lihat jea , sangat mudah dan senang. so cikgu asalamah baca nama dalam 20 orang LK 1 & 20 orang LK 2 and my name was there? mengapakah? mengapakah?

then cikgu asalamah bagi tahu nama yang kena sebut tu ade ujian soal selidik add sc , aku memang rasa tertekan gila dengan tak buat apa-apa revisionnya , dalam kepala dah set apa aku nak jawab ni? nasiblah ingat sikit masa buat ulangkaji masa trial tu , kalau tak hmmmmmm. so buat revision sikit sikit dalam kelas , then dapat tahu tak de markah pun. so aku memang rasa macam nak melompat katak dekat situ sebab tak payah susah payah nak buat revision, sangat malas kan?

aku dapat buku soalan AA2 , dan aku bangga gila dapat buku soalan tu sbb soalan dia banyak tanya pasal badan badan ni , so senang. and buku soalan kedua aku dapat AA1 dan soalannya memang menguji betul lah , susah amat. soalan dia macam ape jea , semua fakta ! memang betul-betul menguji soalan AA1 tu. tapi ramai cakap AA2 susah dan AA1 senang tapi pada aku AA2 senang lagi. lain orang lain pandangannya kan? masing-masing ada jawapan dan pandangan tersendiri.

dari 8.20 pagi sampai 10.25 pagi aku jawab dua buku soalan tu , setiap sejam untuk satu buku soalan. nasib dapat dua bukan soalan, kalau empat? memang tak tahu nak cakap ape lah, pasrah jea lah kan? apa boleh buat. then jumpa cikgu marliza dekat luar , rupanya dia tahu tapi dia tak bagi tahu sebab dia cakap ujian soal selidik je dan soalan tu soalan tertutup and mungkin ade sikit keluar spm nanti. harap sangat keluar. then tanya dekat cikgu asalamah pulak kenapa tak bagi tahu awal-awal? then dia cakap kalau dia bagi tahu nanti tak datang pulak, sabar jea lah.

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Wednesday 19 September 2012

Birthday : Muhammad Amin

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
selamat hari jadi awal ashaari ikhlas dari heliza helmi. haa apa heliza helmi ucap selamat hari jadi dekat awal , hm habislah blog aku lepas ni masuk melodi ape semua. sebelum masuk melodi baik aku berterus terang , sebenarnya aku sebagai heliza helmi oleh kerana mempunyai muka yang comel seperti beliau dan amin sebagai awal ashaari disebabkan dia nak diri dia macam awal.

aku rasa cerita aku ni pun macam dah basi je sebab birthday amin 13.9 dan aku baru nak create a new post today bersamaan dengan 19.9. wowwwww boleh tahan lamanya. tak kisahlah semua tu yang penting post kali ni istimewa utk dia.

siapakah amin? dia ni lah kawan baik aku , sama-sama share kakak angkat yang sama iaitu kak aimi , dan berusia 17 tahun *habis keluar ayat bm. rumah kat simpang pulai sekolah dekat sungkai , eh jauhnya. berulang ke? apa ke bangangnya soalan , mestilah dia duduk asrama. ramai sebenarnya tak tahu sungkai tu dekat mana sebab maybe dia tak femes macam ipoh kan? sokay lah , aku akan mengajar subjek geo hari ni. sungkai tu dekat dengan slim river jalan nak ke kl tu. jangan malu kalau korang tak tahu sebab aku pun baru tahu dalam tahun lepas , itu pun sebab ade budak baru berpindah ke sekolah aku dari sungkai.

mestilah korang nak tengok macam mana rupa amin kan? hm moh kita skodeng

nampak memang baik dan Alhamdulillah dia bukan jea nampak baik tapi memang baik TAPI nampak tak perkataan tapi tu? aku dah siap tukar colour merah lagi, kalau tak nampak aku memang tak dapat nak tolong bagi korang nampak. mulut dia boleh tahan riuhnya sama jea macam nab. jumlah-jumlah budaknya memang baik , boleh buat laki. eh?

macam mana aku boleh kenal? hm kak aimi lah punca , punca sebab kenal dengan orang yang baik. terima kasih kak , masa tu aku baru form 4 kiranya tahun lepas lah , dalam awal2 tahun lagi, kak aimi ajak teman dia jumpa kawan dekat jj then sampai jj ambik amin ni then lepak polo *macam keling je kak aimi cakap. first time jumpa ingatkan boyfriend kak aimi , alih2 adik angkat dia. idak lee teman tahu , ate mukanya dah rupe budak form 5 masa tu.

masa tu dia memang tak banyak cakap , aku dengan kak aimi yang mulut macam itik , dia diam jea , cakap pun alahai letihnya aku. mesti dia dah set dalam kepala dia , aku ni perempuan yang jenis bla bla bla kan? eh tak kisah lah. itu pandangan orang lain terhadap aku tapi rasanya aku lebih tahu siapa diri aku! so sembang-sembang sikit sampai pukul berapa tak ingat then dia pun balik. so aku ingat tak jumpa dah lepas ni , kenal situ habis situ tapi rupanya tak. lepas tu kita orang kawan sampai sekarang , Alhamdulillah.

so dikesempatan yang ada ni , mimi nak ucapkan selamat hari tua dekat amin yang dah sememangnya tua. mimi doakan amin selamat dunia akhirat , berjaya dalam hidup dan juga spm. mimi harap sangat lepas amin dah berjaya nanti amin tak lupa gadis comel macam heliza helmi ni. untuk pengetahuan amin , amin satu-satunya kawan lelaki mimi yang paling mimi sayang sebab amin hormatkan mimi. sorry hadiah tak de , bukan tak de tapi nak bagi hari tu. tapi hadiah dalam kereta , amin pulak nak balik awal dan mimi pulak lupa nak bagi masa amin balik tu so amin tertinggal lah hadiah tu pada mimi. nanti ada masa datang rumah ambik ok?


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Tuesday 18 September 2012

program walkabout sukarelawan

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 Hai hai hai *lambai tangan sambil buat muka comel mcm lisa surihani

dua hari lepas bersamaan dengan 16.9 aku join aktiviti dekat padang ipoh yang dianjurkan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan Sempena Hari Malaysia 2012

who is this? ni aku lah yang comel mcm heliza helmi tu. gamba ni gamba candid yang diambil oleh ayu. gatal betol tangan dia ni , hahahaha. dah2 banyak lagi nak cerita ni

dalam 6.30 macam tu dah ready tunggu si nabila kat luar , mana dia ni? aku kena tinggal ke? dah lah mesej tadi tak rply , tunggu punya tunggu. call lah. lega hati ni bila dia cakap dia tak pegi lagi , tengah tunggu ayah dia sembahyang dulu. lepas ambik aku , pegi ambik begek pulak. hm so goooooooood begek kena ngorat dengan jaga bangla tu, kihkihhhh. itu lah lawa sangat, kan dah kena ngorat. lepas tu lepas tu , ambik biena dengan yat. hm alahai lambatnya yat , dekat pukul 7 baru sampai. eishhh dia ni lah. ade benda aku lupa nak cerita , hari hujan. lebatnya boleh tahanlah , rasa macam apa jea.

semua pakat mesej cakap , semua lambat sampai sebab hujan memang lebat gila , kalau redah mahu basah lenjun jadinya. tapi tapi aku risaukan tudung aku ni sebab tudung ni kalau kena hujan memang punah sebab pengerasnya dah hilang. so aku memang dah sedia maklumnya dengan masalah tu , dan aku pun dah pasrah. nak tengok apa jadi dengan tudung aku?


cakap pagi tapi ni dah tengah hari , ok maaf aku tak de tudung macam orang mati laki waktu pagi , yang ade cuma ade gambar orang mati laki waktu tengah hari. harap maklum. aku tahu mesti orang anggap aku ni ape je lipat tudung atas mcm tu kan? korang kena faham kalau aku tak lipat mcm tu , tudung aku tu macam mintak tapak tangan , so better aku lipat nampak lah kemas sikit kan? walaupun hujan , aktiviti tetap diteruskan dan dan dan *perlu ke dan banyak-banyak?

first , kita orang kena berkumpul dalam kumpulan dan saya kumpulan 5. sama dengan nab , aqilah , amin , fara dan mulhim dan acha sebenarnya  tapi dia khianati kumpulan 5. hahahaha , tak ade lah dia pegi tukar borang ambik kumpulan 7 sebab kesiankan nada tak ade kawan. sokay lah aku faham. dalam hujan tu jugak kita orang kena kumpul dengar mr.joth bagi ucapan , nyanyi lagu negaraku , jalur gemilang dan yayasan bina upaya *maybe inilah sebab hujan makin lebat kot. lepas habis buat semua tu , kita orang cari pahala dengan mengutip sampah seluruh kawan mcd kat ipoh , ala yang dekat kamdar tu. tahu? tak tahu? cari sendiri lah. lepas dah kutip sampah kita orang kena jalan lagi sampai dekat kawasan india *sorry lah aku tak tahu apa nama tempat tu. dan disitu lah aku jumpa

 artis

dah habis tengok konsert , kita orang menyambungkan perjalanan dengan menaiki dua kaki yang masih mampu berjalan dan sihat ni kembali ke padang ipoh. so aku nak tegaskan disini aku nak bagitahu dengan semua orang , ni first time aku pusing ipoh pakai kaki , selama ni aku pusing ipoh pakai tayar 4. 

so apa aktiviti dekat sana? makan tengah hari percuma.

rasa macam artis pulak , makan pun kakak nab nak ambik gambar. malu ai *mak aii gediknya aku --'

lepas makan kena cari harta karun pulak. gamba jea k
 ni lah team aku yang sangat comel tapi yang paling comel sudah semestinya aku *perasan lebih

dalam pukul 3 macam tu semua dah boleh balik and aku pun dah rasa macam nak lompat katak kat situ jugak sebab best gila dapat balik , yea lah badan pun dah letih kan? tapi sebenarnya nak balik awal pun boleh macam amin dengan mulhim tu. aku rasa macam tertinggal cerita je. apa ye? oh pasal tukar baju , pagi tu dapat baju then kena tukar? aduhh dekat mana nak tuka ni? hm ok nab kereta kau jadi mangsa , habislah kereta nab kami kejekan , buat macam rumah sendiri jea dengan tukar bajunya dengan letak barangnya. thank you nab bambam.

kesimpulannya *dah macam bm pulak! aktiviti dia best gilo , lepas ni kalau ade aktiviti dorang akan mesej , katanya. entah betul entah idak , tapi 99% harap betul lah. jom skodeng gambo

 with amin & mulhim & aqilah & nab & liana & mukriz

 orang yang sama *malas sebenarnya nak taip banyak kali

with cik yat & begek

 with biena & maksunya

with gadis comel tasek damai

habis dah, okeyy cepat tepuk tangan gaya pondan ^^


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Friday 14 September 2012

motivasi ke?

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
Bila kita tanya orang yang kita sayang apa perasaan dia pada kita dan dia jawab kawan even dia tahu kita dah lama sayang dia. percaya kata-kata pertama dia even lepas tu dia cakap dia sayang kita lebih sebab kata-kata yang pertama bukan penipuan tetapi yang kedua biasanya penipuan.
Jawab setiap soalan yang dia bagi bertentangan dengan apa yang kamu rasa. contoh:
awak sayang saya?
tak

kenapa kita mesti menipu? sebab dia juga menipu kita. sedarlah apa yang mimi bagi ni baik untuk kamu dengan dia sebab

1. hati kamu takkan sakit dengan penipuan dia. even sekarang kamu sakit tapi sakit hati kamu tak seteruk apa yang akan jadi lepas kamu dan dia bersama. boleh jadi dia terima kamu atas dasar kesian? dan kamu tak boleh ramal apa akan jadi pada kamu bila dia terima kamu bukan atas dasar sayang.

2. cinta tak seharusnya memiliki. jodoh kita semua yang dihidupkan sudah ditetapkan oleh Allah, jangan sakiti hati kamu dengan orang yang mungkin bukan jodoh kamu. sejauh mana pun kamu lari , kalau dah tertulis dia jodoh kita , kita dan dia pasti akan bersama

3. seperti apa yang mimi cakap tadi jawab setiap soalan yang dia bagi bertentangan dengan apa yang kamu rasa, ye kamu menipu. tapi tak salah kamu berkorban supaya orang yang kamu sayang bahagia. cinta memerlukan pengorbanan , ingat

4. teruskan persahabatan antara kamu dengan dia seperti biasa supaya dia tak rasa bersalah. jangan sesekali tunjukkan yang kamu sakit hati

HABIS. rasa macam dah mengantok ni. selamat malam pembaca sekalian


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

blogger baru ke?

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
hai saya blogger baru *mesti ramai yang tampar muka aku sekarang sebab kuat menipu kan? sorry sebab aku selalu delete post blog, hehhehe kadang-kadang aku rasa mcm tak best je so aku ambik keputusan nak delete. kenapa delete kan kenangan tu , nnt dah tua boleh baca balik? amboi sampai ke tua fikirnya. yea aku tahu lah tu kenangan tapi kalau kenangan tu macam menyakitkan better delete kan sebab nanti bila tua mungkin kita lupa tapi bila baca balik pasal kenangan yang menyakitkan tu terus ingat balik. kan tak elok tu

so kepada para pembaca tegar blog aku ni , jangan nagis-nagis , meraung , meroyan pulak bila aku delete post blog tu *bajet mcm ade orang baca blog aku. followers pun 19 orang, perasaan lebih aku ni kan. Tapi aku ade satu benda yang aku tak perasan tapi kenyataan, aku comel mcm heliza helmi. ini kenyataan , fakta dan bukan auta. diharapkan semua percaya , tak payah nak buat muka mcm sampah aku baling bom karang sia-sia jea mati katak

aku tahu sekarang ni ramai yang tengah dengki dengan aku sbb aku comel mcm heliza helimi. aku cuma nak nasihat korang , perasaan dengki tu sampah, korang sanggup ke simpan sampah dalam diri korang? korang pun nak cakap kat aku , perasan lebih pun tak elok simpan dalam diri kan? kesah pulak aku nak simpan ke tak, jangan sebok lh !


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ