Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Tuesday 30 April 2013

Kolej Universiti Islam Melaka

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-

sebenarnya aku dapat tawaran sambung belajar dekat kolej universiti islam melaka atau lebih dikenali sebagai kuim. aku tak bagi kata putus lagi nak ataupun tak nak masuk sini sebab aku tunggu result upu dulu. kalau aku tak dapat dekat upu kuim ni lah tempat untuk aku sambung belajar nanti. aku tak pasti kuim ni kerajaan ataupun swasta. nak kata kerajaan dia kolej nak kata dia swasta yuran pengajian untuk diploma 6 semester tak sampai 20 ribu dalam 15 ribu lebih je untuk cos yang aku bakal ambik. aku rasa aku macam lupa nak bagitahu jea aku dapat sambung cos ape kan? hehehe maaf yea, aku dapat cos diploma sistem maklumat perniagaan falkulti inovasi perniagaan dan perakaunan.

ada 2 orang kawan aku yang dapat dekat kuim ni kawan satu sekolah dengan kawan satu kelas, syakirah dengan nabila. syakirah dapat cos perlancongan dan nabila dapat cos perakaunan. syakirah cakap dia nak pegi kuim ni yang nabila pulak cakap dia pegi form 6 kot. dan aku? macam yang aku cakap tadi aku masih menunggu upu sebelum membuat sebarang keputusan. lagi pun nak daftar lambat lagi, 3 jun baru daftar dan result upu keluar mei ni. sempat lah aku nak tunggu result upu keluar dan kalau dapat upu aku tak terus grab jea. tengok cos jugak lah kalau dapat cos yang aku macam tak boleh nak bawak ataupun yang aku tak minat aku memang tolak upu dan terima kuim ni.


SUMBER: GOOGLE

ade sape-sape yang study atau bakal study dekat sini?

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Wednesday 17 April 2013

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
NAK JOIN? KLIK SINI ATAU BANNER
 
SAYA SUDAH, ANDA BILA LAGI??
 

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Wednesday 10 April 2013

Bertudung atau free hair?

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
tadi masa tengah lepak-lepak dekat ktm ipoh entah macam mane isu tudung dan free hair jadi topik untuk kami bincangkan. nampak sangat tak sopan bila anak dara dok melepak tapi sebenarnya bukan kami melepak sambil buat benda-benda yang tak sihat ataupun senang cerita benda yang bukan-bukan kami keluar melepak hanya untuk menghabiskan masa sementara nak tunggu sambung belajar je ni. lepas ni memang susah nak jumpa setiap hari macam ni sebab masing-masing dah ade life sendiri.

kembali pada topik asal kita iaitu isu bertudung dengan free hair. jujur aku katakan disini aku dulu bukannya bertudung, aku pakai tudung ni masa aku form 4(2011). mama dengan abah memang tak paksa aku pakai tudung mungkin pada mereka aku boleh fikir sendiri pasal benda tu. jadi bila aku makin lama makin bergaul dengan orang, tengok kawan-kawan yang memang bertudung, tengok kawan-kawan yang makin lama makin bertudung. terdetik sesuatu dekat hati aku. 

sampai bila aku tak bertudung? sampai bila aku nak tayang rambut aku dekat semua orang? berdosa semua tu. jadi aku rasa dah sampai masanya aku bertudung, aku tutup rambut aku dari dilihat semua orang. aku mengaku sekarang aurat aku masih terbuka sebab sometimes aku still pakai baju yang lengannya takat siku je tapi aku dah cuba nak tutup sesetangah aurat aku. mungkin tak sempurna tapi biarlah ketidaksempurnaan tu akan jadi sempurna satu hari nanti, sama-sama lah doakan yea.

dulu ade je orang cakap dekat aku "huyoo mimi dah pakai tudung'' ''dah baik lah ni dah pakai tudung?'' dan memang aku rasa macam terhina gila tapi aku lawan balik aku cakap aku bertudung bukan sebab aku nak tunjuk dekat orang yang aku ni baik tapi aku bertudung sebab menutup aurat itu wajib. tapi ade jugak kawan-kawan yang tak putus-putus bagi sokongan untuk aku kekalkan pakai tudung dan sampai sekarang aku selesa bertudung. aku tak selesa free hair.

mula-mula memang kita kurang selesa bila pakai tudung ni sebab kita dah terlalu biasa dengan rambut yang mengerbang dan bermacam-macam fashion tapi cuba kita gantikan rambut yang bermacam-macam fashion dengan tudung yang bermacam-macam fashion kan lebih bagus. bertudung ni sebenarnya tak de lah panas macam sesetangah orang cakap, mula-mula je lama-lama kita akan rasa sejuk je. tak panas sebenarnya. lagi panas bila rambut kita tak bertutup. tak percaya? tanya lah mereka yang bertudung 


kenape aku perlu letak gambar dekat sekolah? mungkin aku tengah rindukan saat-saat gembira di sekolah dulu. buat adik-adik yang masih bersekolah zaman persekolahan ade zaman yang paling best, zaman yang kita tak mampu ulang kembali. dah kenape aku tetiba melalut pasal sekolah ni? err maaf yea


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Monday 8 April 2013

BLOGLIST SEGMEN: FARAH SYAMIMI MENCARI BLOGLIST

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 









 
nilah dia bloglist saya tapi buat masa ni masih belum ade di sidebar saya sebab saya masih belum ade masa untuk edit blog ni. maaf ye sebab lambat dan maaf sebab number peserta mungkin ade yang bertukar disebabkan salah saya. saya sendiri tak perasan macam mane saya boleh masukkan link segmen saya di senarai peserta. jadi bila saya delete saya punya link tu secara automatiknya link-link kamu semua naik ke atas secara sendirinya. 
 
saya mintak maaf jikalau terlalu banyak kesalahan yang saya lakukan sepanjang segmen ini berlangsung. jangan serik untuk join segmen saya yang seterusnya :)
 

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Thursday 4 April 2013

SEGMEN: FARAH SYAMIMI MENCARI BLOGLIST SUDAH TAMAT

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
Alhamdulillah segmen pertama saya sudah tamat, walaupun jumlah pesertanya tak sampai 50 orang tapi saya still rasa bersyukur sebab ade jugak yang sudi join. jadi buat peserta segmen saya, saya akan mencari kelapangan masa untuk umumkan 10 bloglist saya nanti, diharapkan semua sabar menunggu ye. 
 

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ