Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Wednesday 12 December 2012

penganggur terhormat

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
sampai hati korang buat gambar aku macam ni. cehh padahal buat sendiri, ni bukan sebab aku nak buat acc fake yang kononnya ada orang menyamar jadi diri aku tapi ni aku buat sebab nak letak dekat blog je, saje nak bagi penyeri post kali ni. disebabkan aku dah jadi penganggur terhormat skrang ni so aktiviti aku di rumah hanya makan, tido, online and download adam dan hawa berepisod-episod *sorry lah rumah I tak ade mustika HD :(

dan disebabkan bosan jugak tercipta lah satu entry bertitlekan penganggur terhormat. aku bukan malas nak kerja tapi sebab spm aku habis lambat, 6 dec baru habis so kalau nak kerja sekarang memang tak lah, sekarang dah berapa hari bulan? 13 dec kan? nak dekat dah dengan hujung tahun, dah alang2 tu baik aku kerja awal tahun depan nanti je. lagi pun tak best lah kerja separuh bulan, nanti gaji pun dapat separuh. tak best tak best tak best.

seperti yang korang tahu aku kat rumah ni asyik hadap laptop je kan? dan tadi mase aku buka blog eiqa nampak dia letak link blog aku dekat blog dia, terharu mak nak. *ehh sejak bila aku beranakkan kau? ehh terharu I taw eiqa. ceh over je kan aku ni padahal benda kecik je. nak tahu dia tulis apa dekat blog dia? boleh KLIK SINI. jengjengjeng

yah entry kali ni tak de apa pun sebenarnya, aku saje je nak bagi tahu aku penganggur sekarang ni dan nak bagi tahu kat satu dunia yang eiqa letak link blog aku dekat blog dia. itu je sebenarnya, okbai

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Friday 7 December 2012

as a woman

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
disebabkan aku bosan malam ni so aku akan buat satu entry untuk korang yang sememangnya tak tertunggu tunggu entry dari aku. aku ada beberapa perkara nak share dengan korang untuk memastikan hubungan korang dengan cinta hati korang terus kekal bahagia.

AS A WOMAN

1. kita kena faham lelaki
lelaki ni sebenarnya senang je kita nak faham sebab dorang jenis yang tak banyak songeh macam kita kaum hawa ni. lelaki akan setia dan semakin sayang dengan kita kalau kita faham dan bagi dorang perhatian lebih sikit.

2. jangan kuat jealous
perempuan memang tak boleh lari dari sifat cemburu. jangan nak tipu aku lah kan kalau ada perempuan comment status boyfriend korang api cemburu membuak-buak kan lepas tu mulalah stalk profile perempuan tu dari A-Z. yayaya aku pun macam tu jugak *mohon amin tak baca. tapi korang kena lah faham itu kawan dia lainlah kalau dia comment hai sayang or something like that, kalau setakat dia comment status boyfriend kau tu tak payah lah nak merajuk sampai 3 4 hari, lelaki boleh rimas kalau macam tu.

3. biarkan dia
ni bukan biarkan dia macam anak terbiar tu. maksud aku kat sini korang biarkan dia dengan kekawan dia kalau dorang tengah lepak. sebab apa? sebab biar dia tahu yang korang bagi dia peluang untuk buat ape yang dia suka. kalau asyik nak reply mesej korang 24 jam memang alamat nya relationship korang tak lama lah.

4.atasi perasaan anda sendiri
katakan dia guriskan perasaan korang dengan benda yang tak masuk akal tapi korang dah sakit dan terasa hati, apa kata kalau korang atasi sendiri tak payah lah nak merajuk lama-lama pasal benda kecik, macam budak-budak tak dapat gula-gula, korang ingat comel ke? meluat aku tengok. maybe korang perlu masa nak atasi sendiri kan, take time tapi jangan lama sangat nanti dia tertunggu-tunggu kesian pulak kan? lepas dah ok tu korang mesej or call dia macam dia tak buat salah, dia tak susah hati dan relationship korang pun bahagia, senang jea kan? lain lah kalau dia simpan perempuan belakang korang then kantoi, ni tak payah atasi perasaan korang sendiri, clash je. lelaki macam ni tak boleh di buat laki dan boyfriend.

berakhir sudah perkara yang aku nak share dengan korang untuk membuatkan relationship korang menjadi lebih baik dari sebelumnya. yea mungkin sikit tapi mungkin berguna.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

Thursday 6 December 2012

freedom

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
syukur Alhamdulillah akhirnya hari yang dinanti nantikan sudah berakhir. yess, hari tamatnya paper spm, MERDEKA! *ayat budak tak matang. and sure lepas ni aku akan rindu zaman persekolahan yang sudah pun terkubur pagi tadi. zaman dimana pelbagai kenangan suka dan duka. lepas ni telinga ni tak de lagi dengar bebelan cikgu, aww bestnya *angkat ibu jari. tapi itulah sebenarnya yang akan dirindui nanti. 

sekarang aku dah melangkah satu tahap kehidupan, kalau sebelum ni aku hidup dalam alam persekolahan tapi sekarang semuanya dah berubah. aku kini hidup dalam alam masyarakat. maybe hidup dalam alam bermasyarakat ni susah sikit sebab ianya berbeza dengan alam persekolahan tapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk menjalani kehidupan bermasyarakat *ayat kelam tapi serius!

I WILL MISS ALL THIS






IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ