Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Friday, 7 December 2012

as a woman

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
disebabkan aku bosan malam ni so aku akan buat satu entry untuk korang yang sememangnya tak tertunggu tunggu entry dari aku. aku ada beberapa perkara nak share dengan korang untuk memastikan hubungan korang dengan cinta hati korang terus kekal bahagia.

AS A WOMAN

1. kita kena faham lelaki
lelaki ni sebenarnya senang je kita nak faham sebab dorang jenis yang tak banyak songeh macam kita kaum hawa ni. lelaki akan setia dan semakin sayang dengan kita kalau kita faham dan bagi dorang perhatian lebih sikit.

2. jangan kuat jealous
perempuan memang tak boleh lari dari sifat cemburu. jangan nak tipu aku lah kan kalau ada perempuan comment status boyfriend korang api cemburu membuak-buak kan lepas tu mulalah stalk profile perempuan tu dari A-Z. yayaya aku pun macam tu jugak *mohon amin tak baca. tapi korang kena lah faham itu kawan dia lainlah kalau dia comment hai sayang or something like that, kalau setakat dia comment status boyfriend kau tu tak payah lah nak merajuk sampai 3 4 hari, lelaki boleh rimas kalau macam tu.

3. biarkan dia
ni bukan biarkan dia macam anak terbiar tu. maksud aku kat sini korang biarkan dia dengan kekawan dia kalau dorang tengah lepak. sebab apa? sebab biar dia tahu yang korang bagi dia peluang untuk buat ape yang dia suka. kalau asyik nak reply mesej korang 24 jam memang alamat nya relationship korang tak lama lah.

4.atasi perasaan anda sendiri
katakan dia guriskan perasaan korang dengan benda yang tak masuk akal tapi korang dah sakit dan terasa hati, apa kata kalau korang atasi sendiri tak payah lah nak merajuk lama-lama pasal benda kecik, macam budak-budak tak dapat gula-gula, korang ingat comel ke? meluat aku tengok. maybe korang perlu masa nak atasi sendiri kan, take time tapi jangan lama sangat nanti dia tertunggu-tunggu kesian pulak kan? lepas dah ok tu korang mesej or call dia macam dia tak buat salah, dia tak susah hati dan relationship korang pun bahagia, senang jea kan? lain lah kalau dia simpan perempuan belakang korang then kantoi, ni tak payah atasi perasaan korang sendiri, clash je. lelaki macam ni tak boleh di buat laki dan boyfriend.

berakhir sudah perkara yang aku nak share dengan korang untuk membuatkan relationship korang menjadi lebih baik dari sebelumnya. yea mungkin sikit tapi mungkin berguna.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

No comments:

Post a Comment