sebenarnya aku dapat tawaran sambung belajar dekat kolej universiti islam melaka atau lebih dikenali sebagai kuim. aku tak bagi kata putus lagi nak ataupun tak nak masuk sini sebab aku tunggu result upu dulu. kalau aku tak dapat dekat upu kuim ni lah tempat untuk aku sambung belajar nanti. aku tak pasti kuim ni kerajaan ataupun swasta. nak kata kerajaan dia kolej nak kata dia swasta yuran pengajian untuk diploma 6 semester tak sampai 20 ribu dalam 15 ribu lebih je untuk cos yang aku bakal ambik. aku rasa aku macam lupa nak bagitahu jea aku dapat sambung cos ape kan? hehehe maaf yea, aku dapat cos diploma sistem maklumat perniagaan falkulti inovasi perniagaan dan perakaunan.
ada 2 orang kawan aku yang dapat dekat kuim ni kawan satu sekolah dengan kawan satu kelas, syakirah dengan nabila. syakirah dapat cos perlancongan dan nabila dapat cos perakaunan. syakirah cakap dia nak pegi kuim ni yang nabila pulak cakap dia pegi form 6 kot. dan aku? macam yang aku cakap tadi aku masih menunggu upu sebelum membuat sebarang keputusan. lagi pun nak daftar lambat lagi, 3 jun baru daftar dan result upu keluar mei ni. sempat lah aku nak tunggu result upu keluar dan kalau dapat upu aku tak terus grab jea. tengok cos jugak lah kalau dapat cos yang aku macam tak boleh nak bawak ataupun yang aku tak minat aku memang tolak upu dan terima kuim ni.
SUMBER: GOOGLE
ade sape-sape yang study atau bakal study dekat sini?
takde rezeki kan. nak buat cane. humm. sabar je lah. :)
ReplyDelete