Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Monday 18 March 2013

Seoul garden

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
semalam kita orang (aku, nabila, joe, biena, yat, intan and yazid) makan dekat seoul garden dekat jj tu. jujur aku katakan disini nilah first time aku makan dekat seoul garden tu before ni tak pernah langsung. makanan kat sini pada aku memang mahal tapi sangat berbaloi sebab kita boleh makan apa yg kita suka. contoh macam korang nak makan ice cream 10 kali silakan, ambik je. nak ambik makanan sampai kembung perut, ambik je lah. senang cerita korang nak makan ape ambik je lah dengan syarat jgn membazir. kalau korang membazir korang kana bayar, korang kena bayar berape aku tak sure sebab kita orang tak kena bayar pape ye lah kita orang kan tak membazir.

macam kita orang semalam, kita orang masuk before pukul 1 dan pukul 3 baru keluar dari situ. haa lama kan? orang kat situ dah bertukar-tukar, keluar masuk keluar masuk tapi kita orang still dekat situ makan lagi. perut dah kenyang tapi rasa macam nak makan jugak, makan makan makan sampai lah pukul 3 tu baru mengaku kalah. lepas tu nak jalan pun memang susah lah sebab dah terlebih makan then lepak je kat foodcourt jj tu. aku rasa macam nak termuntah tengok makanan pun ade sebab perut dah penuh sangat time tu.

 aku memang benak makan pakai chopsticks

yat (tudung hijau), joe (peace), biena (pegang mangkuk ice cream), nabila (tengah-tengah) and aku (tudung pink tu)

muka sedih sebab biena nak tinggalkan aku, hahahhha dia nak pegi masuk keje pun mimi tak payah nak over sangat

tengok ni sampai hangit. kalau korang nak tahu kan? benda ni hangit sebab nabila dengan intan tak henti2 nak masak, kadang-kadang aku terfikir dorang ni perut manusia ke perut gergasi? dan aku rasa gergasi pun lari kalau tengok deme makan, orang lain muka dah tak lalu makan tapi deme hmm berselera betul.

bil untuk 7 orang punya makan

pesanan aku untuk korang yang nak pegi makan kat sini, better korang tak yah makan pape dari rumah biar perut kosong baru berbaloi. kalau korang dah makan kat rumah lepas tu baru nak datang makan kat sini alamatnya rugilah korang bayar mahal-mahal.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

No comments:

Post a Comment