selamat hari jadi awal ashaari ikhlas dari heliza helmi. haa apa heliza helmi ucap selamat hari jadi dekat awal , hm habislah blog aku lepas ni masuk melodi ape semua. sebelum masuk melodi baik aku berterus terang , sebenarnya aku sebagai heliza helmi oleh kerana mempunyai muka yang comel seperti beliau dan amin sebagai awal ashaari disebabkan dia nak diri dia macam awal.
aku rasa cerita aku ni pun macam dah basi je sebab birthday amin 13.9 dan aku baru nak create a new post today bersamaan dengan 19.9. wowwwww boleh tahan lamanya. tak kisahlah semua tu yang penting post kali ni istimewa utk dia.
siapakah amin? dia ni lah kawan baik aku , sama-sama share kakak angkat yang sama iaitu kak aimi , dan berusia 17 tahun *habis keluar ayat bm. rumah kat simpang pulai sekolah dekat sungkai , eh jauhnya. berulang ke? apa ke bangangnya soalan , mestilah dia duduk asrama. ramai sebenarnya tak tahu sungkai tu dekat mana sebab maybe dia tak femes macam ipoh kan? sokay lah , aku akan mengajar subjek geo hari ni. sungkai tu dekat dengan slim river jalan nak ke kl tu. jangan malu kalau korang tak tahu sebab aku pun baru tahu dalam tahun lepas , itu pun sebab ade budak baru berpindah ke sekolah aku dari sungkai.
mestilah korang nak tengok macam mana rupa amin kan? hm moh kita skodeng
nampak memang baik dan Alhamdulillah dia bukan jea nampak baik tapi memang baik TAPI nampak tak perkataan tapi tu? aku dah siap tukar colour merah lagi, kalau tak nampak aku memang tak dapat nak tolong bagi korang nampak. mulut dia boleh tahan riuhnya sama jea macam nab. jumlah-jumlah budaknya memang baik , boleh buat laki. eh?
macam mana aku boleh kenal? hm kak aimi lah punca , punca sebab kenal dengan orang yang baik. terima kasih kak , masa tu aku baru form 4 kiranya tahun lepas lah , dalam awal2 tahun lagi, kak aimi ajak teman dia jumpa kawan dekat jj then sampai jj ambik amin ni then lepak polo *macam keling je kak aimi cakap. first time jumpa ingatkan boyfriend kak aimi , alih2 adik angkat dia. idak lee teman tahu , ate mukanya dah rupe budak form 5 masa tu.
masa tu dia memang tak banyak cakap , aku dengan kak aimi yang mulut macam itik , dia diam jea , cakap pun alahai letihnya aku. mesti dia dah set dalam kepala dia , aku ni perempuan yang jenis bla bla bla kan? eh tak kisah lah. itu pandangan orang lain terhadap aku tapi rasanya aku lebih tahu siapa diri aku! so sembang-sembang sikit sampai pukul berapa tak ingat then dia pun balik. so aku ingat tak jumpa dah lepas ni , kenal situ habis situ tapi rupanya tak. lepas tu kita orang kawan sampai sekarang , Alhamdulillah.
so dikesempatan yang ada ni , mimi nak ucapkan selamat hari tua dekat amin yang dah sememangnya tua. mimi doakan amin selamat dunia akhirat , berjaya dalam hidup dan juga spm. mimi harap sangat lepas amin dah berjaya nanti amin tak lupa gadis comel macam heliza helmi ni. untuk pengetahuan amin , amin satu-satunya kawan lelaki mimi yang paling mimi sayang sebab amin hormatkan mimi. sorry hadiah tak de , bukan tak de tapi nak bagi hari tu. tapi hadiah dalam kereta , amin pulak nak balik awal dan mimi pulak lupa nak bagi masa amin balik tu so amin tertinggal lah hadiah tu pada mimi. nanti ada masa datang rumah ambik ok?
No comments:
Post a Comment