Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Thursday 28 March 2013

Dah dapat kerja

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
 
semalam masa aku tengah syok tidur phone bunyi petanda ada orang call, tengok-tengok number yang aku tak kenal. ni yang malas nak angkat dah lah tak kenal number tu tapi disebabkan aku rasa macam nak angkat tu yang aku angkat tu. tengok-tengok boss dekat u station yang aku mintak kerja adalah dalam 2 minggu lepas kot call suruh datang kedai nak cakap-cakap sikit.

aku sebenarnya seronok pluss excited tapi sebab mata ngantuk yang amat sebab malam tu pukul 4 lebih baru tido jadi apa yang dia cakap pun aku tak dapat tangkap sebenarnya, aku dengar sikit-sikit je, nasib lah time dia suruh aku datang hari ni pukul 3 tu aku dengar kalau tak hmm melepas lah aku kerja ni. part lain tu aku rasa dia cakap sorang-sorang, kesian dia. sabar ye sebab dapat pekerja yang tak mengenang budi macam saya ni.

petang tadi seperti yang dijanjikan semalam, aku pegi lah jumpa dia siap bawak joe dengan nabila sekali sebab aku rasa macam dia ada cakap pasal nabila masa dia call aku tu tapi aku tak sure ape yang dia cakap sebab aku pun mamai masa tu. tapi bila dah sampai dia suruh photostat IC huh nasib aku macam nak bawak selalunya aku tinggalkan je kat rumah, balik kampung pun kadang bawak kadang idak. 

lepas dah photostat IC sesi interview pun berlangsung, cewahh kemain lagi. dia cerita lah ape semua pasal kerja. apa yang aku kena buat semua, pukul berape aku masuk kerja pukul berape balik, gaji semua lah. tapi yang bestnya masa dia cakap kerja dekat sini wajib pakai tudung yang tak pakai pun saya paksa pakai. pada aku hm aku tak kisah lah pasal paksa pakai tudung tu sebab aku memang pakai tudung pun, so memang tak de masalah lah bab tudung.masa tengah interview tu dia cakap lah dia nak pakai sorang je tu yang dia ambik aku sorang je jadi sebab tu lah nabila tak dapat.

dia ade tanya aku nak start keje bila then bila aku cakap esok dia tanya lagi kalau boleh dia nak suruh aku start sekarang sebab dia perlukan pekerja sekarang ni tapi disebabkan joe dengan nabila tengah tunggu aku, aku cakap tak dapat lah hari ni esok boleh lah. nasib dia okey, kalau dia reject aku joe dengan nabila kena berterima kasih dekat aku sebab dorang lah aku kena reject tapi Alhamdulillah aku tak kena reject.

lepas dah sattle pasal kerja kita orang pegi giant plak sebab nak cari kerja untuk joe dengan nabila. part ni aku memang sakit hati dengan kakak yang kerja dekat coolblog tu sebab pada aku dia kurang ajar. kita orang tanya baik-baik kat dia ade ke kerja kosong kat sini, dia jawab memang kurang ajar ''tak nampak ke number fone kat situ, call lah'' lebih kurang macam tu lah ayat dia. persoalannya
sekarang tak boleh ke cakap elok-elok? perempuan pulak tu.

lepas tu kita orang pegi aeon station 18 sebab nak mencari tempat makan masa birthday intan nanti. cari punya cari, jumpa dah. maleh nak cerita pasal tempat makan lah sebab tak de ape yg menarik pun. aku nak cerita pasal kereta. korang tahu kita orang tak jumpa kereta parking dekat mana. bukan lupa tapi kau tahu je lah aeon station 18 punya parking macam mana, kalau orang yang tak biasa macam kita orang ni memang sesat jugak lah cari parking. and akhirnya jumpa jugak kereta parking dekat mane setelah berpeluh-peluh mencarinya.
 

IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

2 comments: