Berhenti menyesali masa lalu, kerana itu telah berlalu. Yang terpenting adalah saat ini, jangan sampai kesalahan yg sama berulang kembali.

Followers

MARI BANTU SAYA MENABUNG, KLIK BANNER BAWAH NI. TERIMA KASIH

Friday 22 March 2013

Result SPM

Assalamualaikum
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
rasanya semua orang dah tahu semalam (21 march 2013) result spm untuk calon spm tahun 2012 keluar. jadi memandangkan aku salah seorang daripada calon tersebut aku pun kena lah ambik result spm tu jugak kan? jujur aku katakan aku sebenarnya tak de lah takut sangat sampai berdebar-debar tu semua, berdebar tu mmg berdebar tapi tak sangat dan aku tahu bila aku tak berdebar sesuatu yang aku mintak tak tercapai. jadi bila kaki aku dah masuk sekolah aku tak letakkan harapan yang tinggi, aku terima result aku dengan hati yang terbuka.

around 11 macam tu baru aku pegi ambik result, dayah ambik result dulu antara kami bertiga. second aku and last sekali nab. masa cikgu nak bagi slip dekat dayah, aku dah TERnampak slip aku sebab nama aku atas sekali masa tu, sepatutnya muaz tapi disebabkan dia dah ambik awal jadi nama aku lah atas sekali. macam yang aku cakap tadi, apa yang aku nak tak dapat. aku tak kecewa dengan result aku sebab aku tahu takat mana aku berusaha. masa nak spm aku still lagi boleh keluar enjoy and lepak-lepak. Ya Allah teruknya aku. lepas je aku dapat result aku terus call mama, bagi tahu result aku semua. lepas tu aku terus off fone sebab aku tahu kejap lagi mesti berduyun orang mesej and call aku. dah lah result hampeh takkan nak cakap kot.

akulah paling tinggi diantara mereka *muka bangga

lepas dapat result terus kita orang lepak mcd sampai pukul 3 lebih

 khusyuk gila aku dengar libang muaz

gelak tawa bersama classmates dekat mcd

lepas lepak mcd kita orang tak balik terus, kita orang lepak kat woodland pulak, fuhhh berangin je. pandai jugak kita orang cari tempat. yang lelaki entah ke mana merayapnya jadi tinggal lah kami berempat melepak dekat situ membuang masa. tak lama tu datang lah manusia-manusia berhalkum ni, aku ingatkan dorang ni dah balik tapi tak. bagus jugak lah dorang tak balik lagi.

lepastu destinasi terakhir kami dekat kedai arafah kot tak salah aku entahlah aku pun tak pasti nama kedai tu sebab tulah kali pertama aku datang. sebenarnya khairil, afwan, nab dengan muaz pegi dulu kedai tu aku dengan dayah and qiela lepak lagi kat woodland tu. kita orang pegi arafah lepas nab call cakap dia segan sorang perempuan. disebabkan kami bertiga ni baik hati, kita orang pegilah. kau tahu deme boleh cari meja untuk muat 4 orang je makan? hee sabar jea lah. lepas tu aku, dayah and qiela duduk meja belakang khairil tapi disebabkan rasa terpinggir sesekor tarik kerusi and aku tak sempat nak tarik kerusi duduk sebelah nab dan benda yang paling aku rasa nk tumbuk muka afwan bila dia bangun dari duduk sebelah khairil sebab nak suruh aku duduk situ. sebenarnya dari dekat mcd tadi dah deme duk ngusik aku dengan khairil tapi disebabkan dorang berlima, aku dengan khairil berdua jadi setiap usikan dorang tu aku terima je lah. maleh nak layan sebab dorang pun bergurau

dalam pukul 5 lebih semua nak balik sebab semua dah letih mata pun dah ngantok and manusia-manusia berhalkum ni nak main bola pulak pukul 6 nanti. sebelum entry ini berakhir aku ucapakan tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam spm dan kepada calon yang kurang cemerlang macam aku jangan sedih-sedih sebab Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. untuk adik-adik yang bakal menduduki spm, belajarlah dari sekarang jadi jadi macam akak. akak? hmm pun boleh pun boleh.


IKHLAS DARIPADA FARAH NUR SYAMMI BINTI SALIMI ツ

7 comments:

  1. wah2..heaven nyer adik2 ni ambik result :)
    congrates uols..remember.spm is not the end yet. banyak lg dugaan yang lebih mencabar..be prepared okai adik2 sekalian. hehe sincerely me, SPM candidates 2009 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak :) Insya-Allah saya akan lebih bersedia dengan dugaan yang bakal datang

      Delete
  2. tak pe nnt masuk u or kolej perform la ....gudluck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah saya akan perform dengan baik bila di sana nnt. thanks :)

      Delete
  3. tak pelah farah...farah cuba lain kali oke!!! rezeki ada di mana2..mungkin tuhan takmo bagi untuk kali nie..sbb tuhan nk bagi yang lebih besar lepas nie...mane tau!! mungkin dengan result yang farah dapat nie, farah akan buat yang lebih baik di masa hadapan...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIN :) thanks kak sebab doakan yang terbaik untuk farah, farah hargai sangat-sangat

      Delete